Penyedia p-hailing perlu bentuk sikap pekerja di jalan raya

Dari kiri: Mohamed Sabri, Antony, Bakri dan Lokman ketika sesi perbincangan semasa majlis maya pelancaran PIAM-MTA 2022 Nationwide Road Safety Campaign pada Khamis.
Dari kiri: Mohamed Sabri, Antony, Bakri dan Lokman ketika sesi perbincangan semasa majlis maya pelancaran PIAM-MTA 2022 Nationwide Road Safety Campaign pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Penyedia perkhidmatan penghantaran (p-hailing) perlu mula bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu menangani isu kesalahan jalan raya membabitkan pekerja sektor tersebut.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, dalam operasi besar-besaran dijalankan terhadap pekerja p-hailing pada November lalu, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 20,986 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya.

“Faktor masa adalah cabaran perlu ditangani oleh pekerja p-haling kerana ia melibatkan insentif upah. Disebabkan itu kita harus mengadakan perbincangan besar bersama penyedia p-hailing.

“Jadi dengan itu kita dapat memantau dan menjaga pekerja p-hailing,” katanya ketika menjadi panelis dalam sesi perbincangan semasa majlis maya pelancaran PIAM-MTA 2022 Nationwide Road Safety Campaign pada Khamis.

Turut serta pada sesi tersebut ialah Pengarah Bahagian Penguat kuasa Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan, Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Antony Lee dan Timbalan Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Mohamed Sabri Ramli.

Dalam pada itu, Antony berkata, petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan kepada pekerja p-haling didakwa menjadi antara punca menyebabkan kumpulan tersebut melanggar peraturan jalan raya.

Menurutnya, meskipun polis telah menjalankan tugas yang sangat baik dalam menangani isu tersebut melalui penguatkuasaan bersasar terhadap kumpulan berkenaan, namun usaha itu tidak mencukupi sekiranya ia tidak turut melibatkan syarikat penyedia p-hailing.

“Jadi mungkin kita perlu bekerjasama dengan syarikat penyedia p-hailing ini dan nyatakan bahawa mereka juga bertanggungjawab secara langsung untuk mendidik dan memantau sikap pekerja mereka ketika berada di jalan raya.

Artikel Berkaitan:

“Jika pekerja mendapat banyak saman kesalahan jalan raya dan sebagainya, mereka perlu lakukan sesuatu,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!