Pembuatan Periuk Ponggal
Pekerja sedang menyiapkan tempahan periuk tanah liat untuk kegunaan masyarakat India bagi menyambut perayaan Ponggal ketika tinjauan di Krishnan Pottry Kuala Selangor.
Sebanyak 20,000 biji tempahan periuk tanah liat ditempah sejak bulan Oktober 2021 dan telah siap serta diserahkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia menjelang perayaan Ponggal, esok. Namun pada tahun ini pengoperasian dan pembuatan periuk tanah liat ini tergendala selama lapan hari selepas hujan dan kejadian banjir di kawasan berhampiran Krishnan Pottry.
Bagaimana pun semua tempahan berjaya disiapkan demi memenuhi kehendak pelanggan serta bagi memastikan perayaan Ponggal disambut meriah walaupun negara masih lagi berada di fasa pemulihan pendemik Covid-19. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!