Terengganu salur RM110,000 kepada mangsa banjir Lembah Klang

P/s: wahyu bos nasir

Mohd Nurkhuzaini (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda pada Khamis.
Mohd Nurkhuzaini (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Terengganu memperuntukkan bantuan sebanyak RM110,000 untuk anak perantauan negeri itu di Lembah Klang yang terjejas banjir.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, bantuan tersebut disalurkan kepada beberapa persatuan untuk diagihkan kepada penerima yang layak.

Menurut beliau, sebelum ini terdapat juga beberapa syarikat korporat dan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu telah menyalurkan bantuan menerusi program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.

"Kerajaan negeri turut uar-uarkan kepada pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya mengambil cakna kepada pengundi mereka yang terjejas banjir di Lembah Klang.

"Alhamdulillah, DUN Kota Putera adalah yang pertama telah datang membantu 43 keluarga di Shah Alam, Klang dan Puchong pada minggu lalu.

Mohd Nurkhuzaini (berdiri, tiga dari kiri) bersama wakil persatuan dan anak perantauan Terengganu pada penyerahan sumbangan mangsa banjir di Taman Sri Muda pada Khamis.
Mohd Nurkhuzaini (berdiri, tiga dari kiri) bersama wakil persatuan dan anak perantauan Terengganu pada penyerahan sumbangan mangsa banjir di Taman Sri Muda pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

"DUN lain juga turut serta antaranya Jertih dan Jabi yang akan datang minggu depan," katanya pada program bantuan mangsa banjir (anak Terengganu di perantauan) di Taman Sri Muda pada Khamis.

Mohd Nurkhuzaini berkata, banjir terburuk melanda Lembah Klang pada 18 Disember lalu perlu dijadikan pengajaran dengan meningkatkan aspek siap siaga bagi mengelak insiden sama berulang.

"Siapa kita untuk menasihati kerajaan Selangor seperti itik mengajar berenang, namun atas dasar saling mengingati perkara yang perlu ditekankan adalah aspek siap siaga agensi menghadapi musibah luar jangka.

"Terengganu juga perlu mengambil pengajaran kemungkinan peristiwa banjir 2014 berulang. Walaupun kita bersiap sedia, namun masih terkesan apabila datang perkara di luar jangka," katanya.

Justeru katanya, agensi terlibat perlu lebih bersedia dengan menambah baik pengurusan supaya tiada lagi isu tidak menerima arahan ketika menghadapi bencana pada masa akan datang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!