Manchester City kembali untung

Manchester City juara EPL 2020/21
Manchester City juara EPL 2020/21
A
A
A

PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City mencatatkan rekod pendapatan untuk musim 2020/21, apabila kembali meraih keuntungan walaupun bermain sebahagian besar kempen musim lalu tanpa para penyokong di stadium akibat pandemik Covid-19.

Kelab itu merekodkan jumlah pendapatan £569.8 juta (RM3.2 bilion) bagi tahun berakhir 30 Jun, kata kelab itu dalam laporan tahunan.

Angka itu mengatasi rekod sebelumnya sebanyak £535.2 juta (RM3.04 bilion) yang dicatatkan pada 2018-19, musim terakhir yang lengkap sebelum wabak itu melanda.

Ia adalah kali ketiga dalam lima musim The Citizens telah memecahkan halangan £500 juta (RM2.9 bilion) manakala mereka melaporkan keuntungan sebanyak £2.4 juta (RM13.7 juta).

City memenangi kejuaraan liga dan Piala Liga pada 2020/21 manakala mereka juga mara ke final Liga Juara-Juara dan separuh akhir Piala FA.

Pendapatan hari perlawanan kelab itu turun 98 peratus berbanding tahun sebelumnya tetapi ini diimbangi oleh hasil daripada aliran lain, didorong oleh hasil penyiaran yang meningkat sebanyak 56 peratus pada tahun sebelumnya kepada £297 juta (RM1.7 bilion).

Pendapatan komersil meningkat 10 peratus kepada £271.7 juta (RM1.56 bilion) terima kasih kepada rakan kongsi baharu seperti Cadbury dan AxiTrader.

"Dari perspektif perniagaan, kami gembira dapat kembali kepada keuntungan, setelah berjaya mengharungi cabaran pendapatan yang dicipta oleh wabak Covid-19

Artikel Berkaitan:

"Covid-19 tidak menghalang kami, dan kami terus berkembang, berinovasi dan membangunkan idea baharu... Kami berharap cabaran berkaitan pandemik dari dua musim lepas akan terus reda," kata ketua eksekutif Ferran Soriano.

City melaporkan kerugian bersih sebanyak 126 juta pound (RM720 juta) untuk musim 2019/20 selepas mencatatkan rekod keuntungan lebih £10 juta (RM57 juta) pada tahun sebelumnya.

City mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 53 mata selepas 21 perlawanan akan melayan Chelsea di tangga kedua, yang ketinggalan 10 mata minggu ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!