Nyaris sesat ketika mendaki di Bukit Broga
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 7.18 pagi.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 7.30 pagi.
"Usaha mencari mangsa yang berumur 26 tahun tersebut dijalankan oleh pihak bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa berjaya ditemukan kira-kira 500 meter dari pintu masuk ke Bukit Broga.
"Mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 8.10 pagi oleh bomba dan dalam keadaan selamat," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!