Buruh bebas 102 tuduhan sumbang mahram

Tertuduh (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada Khamis.
Tertuduh (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang buruh terlepas hukuman penjara apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis melepas dan membebaskannya daripada 102 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya berusia 15 tahun dalam kejadian tiga tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman menetapkan keputusan demikian terhadap tertuduh selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir pendakwaan.

Tertuduh berusia 49 tahun bagaimanapun masih perlu membela diri bagi tiga lagi pertuduhan iaitu dua pertuduhan melibatkan kesalahan rogol dan satu pertuduhan meliwat mangsa.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut hampir setiap hari dalam tempoh empat bulan di sebuah rumah yang didiami tertuduh bersama mangsa serta dua lagi anak lelaki berusia 12 dan 13 tahun.

Dia didakwa melakukan 105 kesalahan itu antara 14 Ogos 2019 dan 26 November 2019 di sekitar Kuala Berang di Hulu Terengganu.

Bagi kesalahan sumbang mahram, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan maksimum 10 sebatan.

Sementara itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan liwat terhadap mangsa di lokasi yang sama pada 26 November 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!