Putera Andrew UK hilang gelaran tentera, naungan diraja
Kenyataan itu menyebut Duke Of York, Putera Andrew, "tidak lagi akan menjalankan sebarang tugas awam dan menghadapi kes itu sebagai warganegara biasa."
Pengumuman itu dibuat ketika Putera Andrew menghadapi kes sivil di Amerika Syarikat berhubung dakwaan beliau melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita yang ketika itu berumur 17 tahun, yang dinafikannya secara konsisten.
Duke of York memegang beberapa gelaran tentera kehormat berikutan perkhidmatan beliau selama 22 tahun dalam Tentera Laut Diraja, lapor Sky News.
Andrew, 61, adalah anak ketiga Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh, mendiang Putera Philip dan merupakan anak lelaki kedua kepada pasangan Diraja itu. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!