Djokovic idam juara Terbuka Australia

Djokovic
Djokovic
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic masih mengimpikan untuk menjadi juara Terbuka Australia meskipun penyertaan juara bertahan itu masih mencetuskan tanda tanya.

Kerajaan Australia difahamakan masih belum membuat keputusan sama ada mahu membatalkan visa bintang Serbia itu yang tidak mengambil vaksin buat kali kedua sekali gus mengusirnya dari negara itu.

Untuk rekod, pemain berusia 34 tahun itu terbang ke Melbourne dengan mendapat pengecualian kerana pernah positif Covid-19 pada pertengahan Disember tahun lalu.

Bagaimanapun dia tidak dibenarkan memasuki Australia, visanya dibatalkan dan dia dipindahkan ke pusat tahanan.

"Di sebalik semua kejadian yang berlaku, saya mahu kekal dan cuba beraksi pada kejohanan ini," ciapnya di Twitter.

Jika Djokovic dibenarkan beraksi pada kejohanan tersebut, dia bakal berdepan rakan senegara, Miomir Kecmanovic pada pusingan pertama dan akan muncul sebagai pemain tenis paling berjaya dalam sejarah dengan memiliki 21 gelaran utama sekiranya menjadi juara.

Bagaimanapun, beberapa laporan memberitahu, peluangnya untuk beraksi dilihat tipis dan dia dijangka hanya mampu menyaksikan saingan Terbuka Australia dari jauh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!