Kanak-kanak orang asli hilang di hutan

No Image Caption
A
A
A

GERIK- Seorang kanak-kanak perempuan orang asli berusia 10 tahun dilaporkan hilang ketika mengikuti keluarganya mencari hasil hutan di Kampung Selaur berhampiran Padang Jeri, di sini pada Khamis.

Difahamkan, Kamelia Anap disedari hilang sekitar jam 4.30 petang selepas keluarganya bersama penduduk lain tiba di kampung terbabit selepas mencari hasil rotan.

Usaha awal penduduk mencarinya gagal menyebabkan satu laporan dibuat di balai polis berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizan Aziz berkata, sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki pacuan empat roda selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 12.11 tengah hari.

"Perjalanan ke perkampungan orang asli itu mengambil masa lebih dua jam. Operasi mencari dan menyelamat terus diaktifkan melibatkan 11 anggota bomba, polis dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

"Operasi itu turut dibantu 11 penduduk kampung terbabit. Radius pencarian membabitkan kawasan seluas satu kilometer," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Menurutnya, usaha digiatkan bagi mencari mangsa yang memakai baju berwarna kuning dan berseluar oren ketika hilang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!