Misi mustahil Chelsea di Etihad

Tuchel akui Chelsea berdepan misi mustahil berdepan Manchester City di Stadium Etihad. - Foto AFP
Tuchel akui Chelsea berdepan misi mustahil berdepan Manchester City di Stadium Etihad. - Foto AFP
A
A
A

CHELSEA bertandang ke Stadium Etihad, laman keramat Manchester City pada Sabtu dengan hanya kemenangan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memastikan pemburuan kejuaraan tidak berakhir awal musim ini.

Kemenangan liga ke-11 berturut-turut City - kejayaan terakhir 2-1 di Arsenal pada Tahun Baharu, menyaksikan The Citizens, 10 mata di depan Chelsea yang berada di tangga kedua ketika anak buah Pep Guardiola memacu ke landasan mengekalkan kejuaraan dengan kutipan satu lagi mata tertinggi.

Sementara itu, Chelsea dengan status juara Eropah bimbingan Thomas Tuchel pula bergelut untuk menyamai prestasi awal musim sejak kebelakangan ini, setelah meraih satu kemenangan dan empat seri daripada lima perlawanan liga terakhir.

Malah pengendali Jerman itu menyedari betapa sukarnya untuk menyaingi kelebihan dan menghalang The Citizens yang dalam usaha merealisasikan gelaran keempat liga dalam lima musim.

“Manchester City tidak henti-henti setakat mengekalkan status pendahulu liga. Sebaliknya Pep Guardiola dan para pemain mereka tahu apa yang diperlukan untuk mengumpul kutipan mata tinggi ini kali ini.

“Kami adalah yang seterusnya dalam perlumbaan itu tetapi ia adalah jurang yang besar.

"Mungkin kami memerlukan lebih daripada satu musim untuk mengejar Man City,” kata Tuchel kepada pemberita selepas The Blues mencatat keputusan seri 2-2 ketika berdepan Liverpool dalam perlawanan liga terakhir Chelsea.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!