PKPD di Felda Keratong 5 tamat esok
KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang akan ditamatkan esok, lebih awal daripada yang dijadualkan.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti laporan Kementerian Kesihatan berkenaan perkembangan situasi semasa di lokaliti terbabit.
Sebelum ini, PKPD di kawasan terbabit dilaksanakan pada 6 Januari lepas dan dijadualkan tamat pada 19 Januari ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!