Aksi Burnley-Leicester City tangguh

Turf Moor laman keramat Burnley. - Foto AFP
Turf Moor laman keramat Burnley. - Foto AFP
A
A
A

PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris (EPL), Burnley menentang Leicester City di Turf Moor pada Sabtu ditangguhkan selepas The Clarets kendalian Sean Dyche berdepan kes positif Covid-19 dan kecederaan dalam kalangan pemain, liga mengumumkan pada Jumaat.

"Lembaga Liga Perdana menerima permohonan Burnley kerana kelab tidak mempunyai jumlah pemain yang diperlukan untuk perlawanan (13 pemain luar dan seorang penjaga gol), disebabkan kes Covid-19 dan kecederaan," kata liga itu dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, perkembangan terkini itu menyaksikan ia menjadi perlawanan liga ke-20 yang ditangguhkan musim ini kerana kes Covid-19 dan kecederaan pemain.

Burnley kini berada di tangga ke-18 liga dengan 11 mata, telah bermain 17 perlawanan, dua mata di zon penyingkiran manakala Leicester berada di tangga ke-10 dengan 25 mata selepas 18 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!