Dos penggalak: 4 PPV Integrasi mula beroperasi hari ini

PPV mega itu diaktifkan semula oleh Kementerian Kesihatan bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak kepada orang ramai.
PPV mega itu diaktifkan semula oleh Kementerian Kesihatan bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak kepada orang ramai.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang mula beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.

Empat lokasi itu adalah di PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil, PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

PPV mega itu diaktifkan semula oleh Kementerian Kesihatan bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak kepada orang ramai.

Pusat berkenaan akan dibuka kepada orang ramai untuk pemberian vaksinasi dos penggalak bermula jam 8 pagi.

Pada 16 Disember lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, semua penerima dos lengkap vaksin COVID-19 jenis Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya Februari ini.

Beliau berkata, individu berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak pada tempoh berkenaan.

Katanya, sekiranya individu berkenaan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari, status vaksinasi akan bertukar menjadi tidak lengkap. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!