Tak pernah serik

Rampasan dadah daripada suspek dalam serbuan pada Jumaat.
Rampasan dadah daripada suspek dalam serbuan pada Jumaat.
A
A
A

JEMPOL - Walaupun sudah mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah, seorang buruh berusia 32 tahun masih tidak serik mengulangi perbuatan sama.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lapan rekod jenayah itu termasuk dua mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun, buruh terbabit terus aktif menjadi tokan sebelum ditangkap polis pada jam 5 petang Jumaat dalam serbuan di tepi jalan besar Kampung Bukit Perah.

"Ketika serbuan, suspek merupakan tokan disekitar Batu Kikir dan Padang Lebar dipercayai sedang menunggu pelanggannya bagi membeli dadah.

"Dalam serbuan itu, polis merampas empat peket plastik dadah jenis heroin seberat 61.85 gram dan dua peket plastik dadah jenis syabu seberat 8.8 gram, beg silang dan plastik lutsinar bertulis Toosci," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, suspek pada awalnya cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap polis.

"Suspek sudah tujuh tahun terlibat dengan dadah dengan lapan rekod jenayah sama bakal berdepan hukuman lebih tinggi iaitu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek yang direman akan turut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) akta sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!