Kes hakim kanan didakwa berbogel, polis belum panggil Lokman Adam

Lokman Adam
Lokman Adam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis masih belum memanggil Datuk Lokman Noor Adam untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan hakim kanan yang berbaring dalam keadaan berbogel di bilik tidur seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata pihaknya mendapat perintah untuk siasat kes itu selepas dirujuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Hakim kanan itu membuat laporan di IPD Ampang Jaya, namun ia dirujuk ke IPD Sepang kerana pengadu melihat video itu di rumahnya di Dengkil.

“Kita sudah dapat perintah untuk siasat kes itu, namun Lokman Adam masih belum dipanggil lagi,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili hakim itu berkata, pihaknya akan mengemukakan surat tuntutan fitnah ke atas Lokman Adam esok.

"Tindakan itu akan turut disusuli dengan writ saman terhadap beliau di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pada Rabu, media melaporkan Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili hakim itu memaklumkan pihaknya akan mengemukakan surat tuntutan fitnah ke atas Lokman Adam.

Tindakan itu akan turut disusuli dengan writ saman terhadap beliau di Mahkamah Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Beliau memaklumkan, anak guamnya turut membuat laporan di IPD Ampang Jaya bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat kenyataan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!