Debu, habuk selepas banjir besar

Siti Norbaya menunjukkan debu yang melekat pada kenderaan milik keluarganya.
Siti Norbaya menunjukkan debu yang melekat pada kenderaan milik keluarganya.
A
A
A

TEMERLOH - Penduduk di Kampung Batu Kapor di sini masih sibuk membersihkan rumah selepas banjir besar bulan lalu akibat deu dan habuk yang tebal di dalam dan luar kediaman mereka.

Penduduk juga mendakwa ada yang berdepan risiko kesihatan seperti batuk, demam dan masalah kulit.

Suri rumah, Siti Norbaya Syukor, 38, berkata, situasi tersebut menyebabkan proses membersihkan kawasan rumah pasca banjir masih giat dilakukan.

Menurutnnya, keadaan cuaca yang panas terik mengakibatkan debu berterbangan dan membimbangkan kerana munkin boleh menyebabkan masalah kulit.

"Ada ahli keluarga yang mengalami batuk, selesema manakala barangan yang dibersihkan di luar rumah masih berdebu termasuk kenderaan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Situasi sama turut dialami peniaga makanan, Zainab Nordin,41, dan beliau mengambil langkah tambahan selain memastikan barangan jualannya sentiasa ditutup.

"Sudah ada ahli keluarga saya yang terkena jangkitan kulit. Saya bimbang memikirkan keadaan selepas banjir kali ini kerana sangat berbeza," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan debu serta habuk tebal mengundang risiko kesihatan kepada penduduk.
Keadaan debu serta habuk tebal mengundang risiko kesihatan kepada penduduk.

Bagi Nurhidaya Jantan,34, debu yang berterbangan sangat membimbangkannya kerana boleh menjejaskan kesihatan.

Menurutnya, keadaan di luar rumah sangat berdebu dan melekat pada kenderaan selain boleh menyebakan batuk dan selesema.

Seorang warga emas, Zaharah Sidek,69 juga menyifatkan keadaan selepas banjir kali ini berbeza dan meninggalkan kesan ketara apabila habuk tebal dan menyebabkan penduduk mengalami batuk serta alahan.

"Memang nampak debu berterbangan dari dalam rumah dan melekat pada luar rumah dan barang-barang. Kami perlu sentiasa menutup pintu rumah," katanya.

Tamat...

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!