Muhyiddin perlu jelas dakwaan didesak campur urusan mahkamah

Anwar Ibrahim - Foto Bernama
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa tidak ada campur tangan dari pihaknya melibatkan kes-kes berprofil tinggi di negara ini.

Disebabkan itu kata Anwar, pihaknya menunggu dan menuntut penjelasan lanjut dari bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendedahkan bahawa wujudnya cubaan untuk menghubunginya agar mencampuri urusan mahkamah dalam kes-kes berprofil tinggi.

“Ini kerana timbulnya kemusykilan dan kecurigaan umum apakah pihak eksekutif mencampuri urusan kehakiman meskipun kita akui adanya hakim-hakim yang tegas dan patuh tunduk pada hukum.

“Dalam konteks yang serupa, Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) harus juga memberi respons yang tegas,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Sabtu.

Muhyiddin dalam ucapannya pada 4 Ogos tahun lalu mendakwa, terdapat pihak tertentu yang mendesaknya supaya mencampuri urusan mahkamah.

Desakan itu, tambahnya tanpa menyebut nama, bagi membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Bagaimanapun, Tengku Maimun pada Jumaat menegaskan beliau sama sekali tidak mencampuri dan secara peribadi tidak pernah didekati pihak tertentu untuk campur tangan dalam kes mahkamah berprofil tinggi yang masih berlangsung.

Tengku Maimun berkata, beliau percaya bahawa hakim lain juga tidak pernah mengalami pengalaman serupa dan mengulangi pendirian bahawa semua hakim membuat keputusan berdasarkan keterangan di mahkamah dan tidak boleh lari daripada prinsip teras itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!