'Saya, Valeree perlu berusaha lebih gigih lagi'

Peng Soon, Valeree Siow ketika mengharungi kejuaraan Terbuka India. FOTO: Badminton Association of Malaysia - BAM
Peng Soon, Valeree Siow ketika mengharungi kejuaraan Terbuka India. FOTO: Badminton Association of Malaysia - BAM
A
A
A

PEMAIN beregu campuran negara, Chan Peng Soon mengakui masih banyak yang perlu dipertingkatkan gandingannya bersama pemain muda, Valeree Siow selepas mengharungi kejuaraan Terbuka India.

Justeru, pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016 bersama Goh Liu Ying itu mahu terus membentuk gandingan lebih digeruni bersama Valeree selepas mara ke suku akhir pada penampilan sulung di kejuaraan kompetitif.

"Saya lihat kombinasi saya bersama Valeree masih belum mantap dan perlu dipertingkatkan lagi kerana selepas ini kami akan bertemu lawan lebih hebat.

“Selepas ini, saya dan Valeree akan berusaha lebih gigih untuk mempertingkatkan lagi kombinasi antara kami berdua," kata Peng Soon.

Pada aksi suku akhir pada Jumaat, hasrat Peng Soon-Valeree untuk menempah slot ke separuh akhir tidak kesampaian apabila gandingan itu tumpas kepada pilihan kedua dari Rusia, Radion Alimov-Alina Davletova.

Peng Soon yang membentuk gandingan baharu bersama pemain muda, Valeree tumpas straight set 14-21, 13-21 dalam tempoh 29 minit sekali gus menutup aksi pembuka tirai kempen 2022.

Untuk rekod, Valeree dipilih sebagai gandingan baharu Peng Soon selepas pemain senior itu mengumumkan berpisah dengan Liu Ying, bulan lalu selepas bergandingan selama 13 tahun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!