Kean Yew mara final Terbuka India
PEMAIN badminton perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew mara ke perlawanan akhir Terbuka India selepas lawannya menarik diri daripada saingan separuh akhir, pada Sabtu.
Kean Yew berusia 24 tahun berstatus pemain nombor 15 dunia itu dijadualkan menentang Brian Yang dari Kanada sebelum lawannya tersebut dilaporkan jatuh sakit.
Kemenangan percuma itu menyaksikan Kean Yew akan menentang Lakshya Sen dari India pada perlawanan akhir, pada Ahad.
Sen mara ke perlawanan akhir selepas menjinakkan bintang muda Malaysia, Ng Tze Yong 21-19, 16-21, 12-21 dalam aksi yang berlangsung selama satu jam tujuh minit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!