Kedai kacang putih musnah dalam kebakaran di Buntong

Sebuah kedai memproses kacang putih di Laluan Sungai Pari 12, Buntong musnah dalam kebakaran, awal pagi Ahad. Kebakaran itu turut melibatkan sebuah rumah dua tingkat, sebuah van dan sebuah motosikal.. Foto hiasan 123RF
Sebuah kedai memproses kacang putih di Laluan Sungai Pari 12, Buntong musnah dalam kebakaran, awal pagi Ahad. Kebakaran itu turut melibatkan sebuah rumah dua tingkat, sebuah van dan sebuah motosikal.. Foto hiasan 123RF
A
A
A

IPOH - Sebuah kedai memproses kacang putih di Laluan Sungai Pari 12, Buntong di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata, kebakaran itu turut melibatkan sebuah rumah dua tingkat, sebuah van dan sebuah motosikal.

"Kedai berkenaan terbakar kira-kira 90 peratus. Rumah pula terbakar 30 peratus manakala van dan motosikal hanya lima dan 40 peratus.

"Kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jurucakap itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 1.08 pagi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dibantu BBP Meru Raya, BBP Pasir Puteh serta Pasukan Bomba Sukarela Pasir Pinji, Menglembu dan Pekan Baru digegaskan ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba melakukan pemadaman menggunakan dua aliran hos sepanjang 60 meter dengan tiga pancutan bersumberkan air daripada pili bomba. Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 4.15 pagi," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!