Lewandowski ledak hatrik rekod gol ke-300

Lewandowski (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Bayern menewaskan Cologne 4-0.
Lewandowski (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Bayern menewaskan Cologne 4-0.
A
A
A

KAPTEN Bayern Munich, Manuel Neuer menyifatkan Robert Lewandowski sebagai 'mesin gol' apabila penyerang itu berjaya mencetak gol ke-300nya dalam saingan Bundesliga selepas meledak hatrik ketika membantu Bayern menewaskan Cologne 4-0.

Kejayaan bintang Poland itu hadir ketika Bayern menjadi pasukan pertama dalam sejarah pertandingan yang menjaringkan gol dalam 66 perlawanan berturut-turut.

Pemain berusia 33 tahun itu juga merupakan pemain kedua dalam sejarah Bundesliga yang berjaya meledak 300 gol selepas kali terakhir dilakukan oleh Gerd Muller, yang menjaringkan rekod 365.

"Selepas kekalahan kepada Borussia Monchengladbach, adalah penting bagi kami untuk mendapatkan mata pertama tahun ini, dan itulah yang kami lakukan.

"Kami gembira dan bersyukur kerana kami mempunyai Robert (Lewandowski). Dia seorang jentera gol di hadapan," kata Neuer.

Pada perlawanan tersebut, Bayern yang turun dengan barisan terkuat selepas sembilan pemain tidak beraksi akibat positif Covid-19 ketika tewas di tempat sendiri kepada Borussia Moenchengladbach, mendahului dengan kelebihan dua gol menerusi jaringan Lewandowski and Corentin Tolisso.

Lewandowski berjaya meraih gol ke-300nya dalam saingan Bundesliga selepas menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua dengan kedua-dua jaringan itu dibantu oleh pemain gantian, Leroy Sane.

Untuk rekod, Lewandowski ketika ini sudah berjaya menjaringkan 15 gol daripada 19 perlawanan liga dan dia dilihat berada di landasan yang tepat untuk memecahkan rekod miliknya iaitu 41 gol semusim pada saingan Bundesliga.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!