Suspek pembunuhan Presiden Haiti ditahan di Jamaica

Gambar fail menunjukkan Presiden Haiti yang mati ditembak pada Julai tahun lalu iaitu Jovenel Moise (kiri) dan isterinya, Martine. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan Presiden Haiti yang mati ditembak pada Julai tahun lalu iaitu Jovenel Moise (kiri) dan isterinya, Martine. - Foto AFP
A
A
A

ANKARA - Polis Jamaica pada Sabtu menahan seorang suspek yang didakwa merancang pembunuhan bekas Presiden Haiti, Jovenel Moise pada Julai di ibu negara Haiti.

Bekas senator pembangkang Haiti, John Joel Joseph ditemui bersama tiga warga Haiti di penempatan luar bandar Jamaica, Agensi Anadolu (AA) memetik laporan media.

Butiran lanjut tidak didedahkan tetapi seorang pegawai kanan polis memberitahu akhbar The Gleaner bahawa pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.

Polis Negara Haiti pada Julai mengeluarkan waran tangkap tiga suspek dikehendaki bagi dakwaan "pembunuhan, cubaan membunuh dan rompakan bersenjata."

Moise, 53, ditembak mati di kediaman peribadinya di pinggir Port-au-Prince pada 7 Julai manakala isterinya turut cedera dalam serangan itu.

Berikutan tragedi itu, ketegangan meningkat dalam kalangan kumpulan penjenayah, kekurangan bahan api, kenaikan harga makanan selain kemelut politik dan sosial.

Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry diserang kumpulan bersenjata di Gonaives pada Januari ketika keluar dari gereja selepas menghadiri upacara keagamaan.

Seorang terbunuh dan dua cedera dalam kejadian tembak-menembak ketika Henry dan rombongannya meninggalkan kariah Saint Charles de Borome.

Artikel Berkaitan:

- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!