1.03 tan daun ketum tidak sempat keluar muara Kuala Kedah

103 bungkusan plastik berwarna hitam disyaki daun ketum dengan anggaran berat 1.03 tan disorokkan di dalam 'compartment' bot yang telah diubah suai. FOTO MARITIM KUALA KEDAH
103 bungkusan plastik berwarna hitam disyaki daun ketum dengan anggaran berat 1.03 tan disorokkan di dalam 'compartment' bot yang telah diubah suai. FOTO MARITIM KUALA KEDAH
A
A
A

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah berjaya merampas 1.03 tan daun ketum daripada sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran di muara Kuala Kedah pada pagi Sabtu.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, bot tersebut dikesan menuju keluar dari muara Kuala Kedah dalam keadaan gelap dan mencurigakan sekitar jam 6.30 pagi.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak menukar haluan dengan memecut laju ke arah daratan berhampiran dan bertindak melarikan diri.

"Pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan 103 bungkusan plastik berwarna hitam disyaki daun ketum dengan anggaran berat 1.03 tan. Plastik itu disorokkan di dalam 'compartment' bot yang telah diubah suai," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang membawa 1.03 tan daun ketum yang ditahan di muara Kuala Kedah pada pagi Sabtu.
Bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang membawa 1.03 tan daun ketum yang ditahan di muara Kuala Kedah pada pagi Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua bungkusan hitam daun ketum, bot berserta enjin dianggarkan bernilai RM 505,400.

Menurutnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Maritim Kuala Kedah juga menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan pada jam lebih kurang 6.20 pagi pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Jelas Noor Azreyanti, bot terbabit ditahan di kedudukan 3.1 batu nautika barat daya muara Kuala Kedah bersama empat kru.

"Semasa ditahan mereka enggan bekerjasama dan bertindak memotong pukat dengan tujuan melupuskan bahan bukti.

"Pemeriksaan lanjut mendapati, bot terbabit dikendalikan oleh tekong bersama seorang kru warga tempatan dan dua kru lagi disyaki warga Thailand yang telah tamat tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di Malaysia," ujarnya.

Maritim Kuala Kedah turut menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan pada jam lebih kurang 6.20 pagi pada Sabtu.
Maritim Kuala Kedah turut menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan pada jam lebih kurang 6.20 pagi pada Sabtu.

Beliau menambah, bot dan kesemua kru ditahan serta akan disiasat di bawah Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 iaitu memukat ikan kurang dari 15 batu nautika dari pantai.

"Warga Thailand yang ditahan pula akan disiasat di bawah Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negara ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!