Lagi letusan besar dikesan di Tonga

Imej satelit milik Jepun menunjukkan letusan sebuah gunung berapi bawah laut di Tonga pada Sabtu lalu. - Foto AFP
Imej satelit milik Jepun menunjukkan letusan sebuah gunung berapi bawah laut di Tonga pada Sabtu lalu. - Foto AFP
A
A
A

NUKU'ALOFA - Satu lagi letusan besar telah dikesan di gunung berapi Tonga, lapor sebuah stesen pemantauan yang berpangkalan di Darwin, Australia pada Isnin.

Ia berlaku dua hari selepas letusan besar-besaran terjadi sehingga mencetuskan gelombang tsunami di sekitar Pasifik.

Letusan terbaharu itu dikesan pada jam 8.10 pagi waktu Malaysia, menurut amaran oleh Pusat Penasihat Abu Vulkanik Darwin.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga berkata ia telah mengesan ombak besar di kawasan itu.

Ia berkata: "Ini mungkin dari satu lagi letupan gunung berapi Tonga."

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mencatatkan letusan gunung berapi bawah laut di Tonga pada Sabtu lalu adalah sama dengan gempa bumi bermagnitud 5.8.

Namun, sejauh mana kerosakan di Tonga tidak jelas pada hari Ahad ekoran talian komunikasi yang terputus.

Gelombang sepanjang 1.2 meter melanda ibu kota Tonga, Nuku'alofa dengan penduduk tempatan melaporkan mereka melarikan diri ke tanah yang lebih tinggi dan meninggalkan rumah-rumah yang dibanjiri dengan batu-batu kecil serta abu jatuh dari langit.

Artikel Berkaitan:

Tsunami juga dilaporkan berlaku di Jepun, Pantai Barat AS, kawasan pesisiran utara New Zealand dan dua orang mati di Peru kerana lemas akibat gelombang besar.

Amaran tsunami juag dikeluarkan di Samoa, Fiji, Vanuatu, Chile and Australia. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!