Belmadi optimis Algeria mara
PENGENDALI Algeria, Djamel Belmadi tetap optimis dengan peluang skuad kendaliannya itu untuk mara ke saingan kalah mati, biarpun tewas 0-1 kepada Equatorial Guinea, pada Isnin.
Menurut Belmadi, peluang untuk juara bertahan itu masih ada, namun mereka perlu menewaskan pendahulu Kumpulan E, Ivory Coast yang juga juara edisi 2015 pada aksi terakhir peringkat kumpulan, pada Jumaat.
“Kami merupakan juara bertahan dan kami tahu ramai orang akan bercakap mengenai kekalahan ini yang juga meleburkan rekod tanpa kalah kami selama 35 perlawanan setakat ini.
“Bagaimanapun, kami perlu memberikan fokus untuk tujuan yang lebih penting iaitu untuk berjuang pada perlawanan terakhir dan seterusnya merebut slot layak ke pusingan kalah mati.
“Walaupun nampak sukar, tetapi kami tidak mempunyai pilihan selain perlu menewaskan Ivory Coast untuk mengesahkan kemaraan,” katanya.
Perlawanan pada awal pagi Selasa itu menyaksikan, pemain Equatorial Guinea, Esteban Obiang menjaringkan gol pada minit ke-70 menerusi rembatan jarak dekat bagi menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.
Justeru, kekalahan berkenaan menyaksikan skuad The Desert Warriors itu tidak mempunyai pilihan selain menewaskan pendahulu Kumpulan E, Ivory Coast yang juga merupakan juara pada edisi 2015 lalu, Jumaat ini untuk mengesahkan kemaraan.
Mengulas mengenai kekalahan berkenaan, Djamel Belmadi berkata, kegagalan mengatur susunan taktikal terbaik dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan berkenaan.
Malah menurut Belmadi, kekalahan berkenaan turut menyaksikan skuad kendaliannya itu berdepan kemungkinan tersingkir lebih awal daripada Piala Negara-Negara Afrika 2022, sekiranya gagal menewaskan pendahulu, Ivory Coast,Jumaat ini.
"Semua orang kini bercakap mengenainya tetapi kami kini perlu fokus yang lebih penting, berjuang dan meraih slot kelayakan (pusingan kalah mati)," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!