Bayi meninggal dunia akibat Covid-19 di Qatar
DOHA - Seorang bayi berusia tiga minggu telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Qatar, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Ahad.
Bayi itu tidak mempunyai penyakit keturunan lain, tambah kenyataan tersebut.
Pada tahun lalu, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 di Qatar.
Kematian kanak-kanak akibat Covid-19 jarang berlaku tetapi pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara telah merekodkan peningkatan dalam jangkitan kanak-kanak sejak penyebaran varian Omicron.
Menurut kementerian negara itu, anak-anak muda secara amnya kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk berbanding orang yang lebih tua.
Namun, sebilangan besar kanak-kanak dijangkiti dalam gelombang semasa ini dan memerlukan rawatan perubatan berbanding gelombang Covid-19 sebelumnya.
Qatar yang kaya dengan minyak secara rasmi merekodkan hampir 300,000 kes koronavirus dan kira-kira 600 kematian serta mempunyai jumlah penduduk lebih dua juta orang. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!