USJKT jalankan siasatan kematian tahanan dalam lokap

USJKT JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes kematian mengejut seorang OKT lelaki di dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan pada Ahad.
USJKT JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes kematian mengejut seorang OKT lelaki di dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes kematian mengejut seorang orang kena tahan (OKT) lelaki di dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan pada Ahad.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kes tersebut pada jam 4.35 petang.

"OKT seorang lelaki warga tempatan berumur 37 tahun itu ditangkap di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"OKT berkenaan telah direman selama empat hari bermula 16 Januari sehingga 19 Januari 2022 di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, siasatan lanjut berkaitan kes tersebut akan dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!