Suspek penggal kepala ibu berang tak dapat wang beli dadah

Sinar Harian melaporkan seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Sabtu.
Sinar Harian melaporkan seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang bertindak kejam memenggal kepala ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor pada Sabtu disebabkan tidak dapat mendapat wang bagi membeli dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal dijalankan suspek pada mulanya meminta wang daripada ibunya namun tidak diendahkan.

"Suspek dipercayai berang kerana tidak dapat mendapat wang bagi membeli dadah menjadi antara punca suspek bertindak sedemikian.

"Suspek juga dipercayai berada dalam pengaruh dadah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Selangor pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita maut selepas anaknya bertindak kejam dengan memenggal kepala ibunya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!