Ibu remaja maafkan AJK masjid mandikan anak seperti jenazah

JASMA
JASMA
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu kepada remaja yang dimandikan seperti jenazah bersedia memaafkan pihak masjid yang menularkan video insiden berkenaan di media sosial.

Ibu berkenaan, Jasma Rosli, 41, berkata, sebagai seorang manusia, semua tidak lari daripada melakukan kesalahan.

"Saya tiada masalah, kalau semua pihak nak bermaafan, Alhamdulillah dan saranan Yang Arif itu menjadi pengajaran kepada kita semua.

"Saya akui semua ini berlaku atas faktor ibu bapa juga, ia kecuaian saya sehingga menyebabkan dia membawa haluan sendiri," katanya ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding semakan pada Isnin.

Selepas peristiwa itu, Jasma berkata, terpulang kepada anaknya sama ada ingin terus menetap bersamanya dan datuk di Kuang, Rawang.

Tambah Jasma, dia memberi peluang untuk Daniel memilih jalan terbaik agar tidak lagi memberontak sebagaimana sebelum ini.

Daniel merupakan anak sulung daripada tiga beradik, tinggal bersama datuknya selepas ibu bapanya bercerai pada usia lapan tahun.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang remaja yang videonya dimandikan seperti jenazah tular dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas kesalahan mencuri wang di dalam tabung sebuah masjid di Kuang, Rawang.

Artikel Berkaitan:

Daniel yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!