Haziq masih belum ditemui

Polis terus mengawal kawasan sekitar masjid.
Polis terus mengawal kawasan sekitar masjid.
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas hampir 24 jam tragedi serangan pengganas di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand semalam, anak Mohd Tarmizi Shuib sehingga kini masih belum ditemui.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, isteri Mohd Tarmizi memaklumkan, Haziq, 17, hilang selepas serangan tersebut.

"Saya bercakap bersama suami Mohd Tarmizi, subuh tadi (waktu Malaysia). Haziq masih belum ditemui.

"Keluarganya tidak tahu dia di mana dan bagaimana keadaannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Dalam kejadian itu, Mohd Tarmizi bersama dua anak, dikenali Haziq dan adiknya Hariz solat Jumaat di masjid berkenaan.

Ketika serangan berlaku, Mohd Tarmizi dan Hariz sempat keluar menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, Mohd Tarmizi cedera ditembak di belakang badan namun status Haziq sehingga hari ini masih tidak dapat dipastikan.

Mohd Tarmizi antara tiga rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera ditembak pengganas.

Artikel Berkaitan:

Selain Mohd Tarmizi, dua lagi mangsa serangan pengganas itu adalah Rahimi Ahmad dan Nazril Hisham Omar.

Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Christchurch.

Kejadian serangan itu menyebabkan 49 orang maut dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!