Masih ada peniaga kecil yang susah, jangan berhenti beri bantuan

No Image Caption
A
A
A

SUDAH lama Merak Jalanan tidak ke Johor Bahru sejak negara dilanda Covid-19 dan langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun baru-baru ini, Merak Jalanan berkesempatan untuk mengunjungi sebuah pusat beli belah di ibu negeri tersebut. Kelihatan tidak ramai pengunjung yang datang, bahkan banyak kedai-kedai juga sudah tutup.

Menurut salah seorang pekerja di situ, satu ketika dahulu, pusat beli belah itu dipenuhi dengan warga tempatan dan Singapura, tetapi kini tidak lagi.

Malah, dia yang bekerja disalah sebuah restoran makanan segera memberitahu, jualan harian tidak sampai RM1,000 sehari menyebabkan jumlah pekerja juga terpaksa dikurangkan.

Semalam, akhbar ini melaporkan tentang peniaga-peniaga kecil turut bergelut untuk kembali bangkit dan memulihkan pendapatan.

Ada dalam kalangan mereka terpaksa menyerah kalah dan mengangkat bendera putih kerana tidak mampu lagi untuk meneruskan perniagaan.

Ada yang terpaksa membangunkan perniagaan bermula dari kosong dan mereka ini adalah golongan yang amat-amat memerlukan bantuan pada masa ini.

Merak Jalanan memang ada dengar kerajaan memberikan banyak peruntukan untuk membantu Perusahaan Kecil Mikro dan Sederhana (PMKS) dan diharapkan bantuan tersebut dapat membantu golongan peniaga ini kembali berdiri di atas kaki sendiri.

Artikel Berkaitan:

Kita harap kerajaan akan terus memberikan bantuan kepada rakyat supaya mereka dapat sama-sama membangunkan negara ini semula.

Dalam masa sama, kita semua berdoa agar segala bencana yang menimpa kita akan segera berlalu pergi dan mengembalikan kegembiraan kepada kita semua.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!