9 individu nyaris lemas bot karam

Bot pam yang dinaiki sembilan inidvidu karam dalam kejadian di perairan Jeti Pelancongan Semporna.
Bot pam yang dinaiki sembilan inidvidu karam dalam kejadian di perairan Jeti Pelancongan Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - Sembilan individu termasuk lima kanak- kanak berdepan detik cemas apabila bot pam yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di perairan Jeti Pelancongan Semporna di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, sembilan individu terdiri daripada dua lelaki, dua wanita bersama dua kanak-kanak perempuan dan tiga kanak-kanak lelaki sempat diselamatkan pasukan bomba dan orang awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.59 pagi.

Katanya, seramai lima anggota dari pasukan BBP Atas Air Semporna dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 50 meter dari balai.

"Menurut maklumat, sebuah bot pam milik penduduk kampung karam di hadapan jeti pelancongan ketika dalam perjalanan ke Kampung Bangau-Bangau.

"Pasukan bomba segera ke lokasi dengan menggunakan bot Kevler untuk operasi menyelamat dan terdapat sembilan mangsa yang terlibat berjaya diselamatkan pasukan bomba bersama orang awam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Katanya lagi, maklumat berkaitan mangsa tidak dapat diperoleh namun pemeriksaan mendapati tiada mangsa yang cedera atau kematian dilaporkan.

"Selepas keadaan selamat, operasi kemudian ditamatkan pada jam 10.39 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!