GSC Central Square sasar pendapatan RM400,000 sebulan

Pengunjung mendapatkan tiket tayangan filem di GSC Central Square yang mula beroperasi 17 Januari 2022.
Pengunjung mendapatkan tiket tayangan filem di GSC Central Square yang mula beroperasi 17 Januari 2022.
A
A
A

GOLDEN Screen Cinemas (GSC) Central Square yang memulakan operasi 17 Januari 2022 menyasarkan pendapatan mencecah RM400,000 dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung sebulan.

Pengurus Pusat Central Square, Loong Jee Yung berkata, sebanyak lapan dewan tayangan yang mampu memuatkan 1,140 tempat duduk dalam satu-satu masa, diharapkan mampu memberi keselesaan sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke pusat berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 36 tayangan sehari meliputi pelbagai bahasa dan genre filem memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung berbilang bangsa dan agama termasuk Orang Kurang Upaya (OKU).

"GSC Central Square juga menyediakan tayangan larut malam bermula antara 11 dan 12 tengah malam pada Khamis, Jumaat dan Sabtu buat pasangan dan keluarga yang ingin mengisi masa hujung minggu bersama.

"Pihak pengurusan turut menyediakan perkhidmatan "security escort" kepada pengunjung yang memerlukan perkhidmatan keselamatan apabila selesai tayangan lewat malam,"katanya.

Pematuhan SOP dengan penjarakan fizikal selain mesra OKU diharapkan memberi keselesaan buat pengunjung.
Pematuhan SOP dengan penjarakan fizikal selain mesra OKU diharapkan memberi keselesaan buat pengunjung.

Dalam pada itu, katanya, kebimbangan terhadap penularan pandemik Covid-19 menyebabkan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan bagi memenuhi arahan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

"Setiap pengunjung haruslah lengkap menerima dos vaksin, memakai pelitup muka dan mematuhi arahan penjarakan fizikal.

Artikel Berkaitan:

"Disebabkan itu, kita hanya memenuhi 80 peratus tempat duduk daripada keseluruhan kapasiti yang dibenarkan bagi mengelakkan sebarang risiko,"jelasnya.

Katanya, proses sanitasi akan dilaksanakan kakitangan setiap kali sebelum dan selepas tayangan filem.

Pengunjung GSC juga boleh menikmati pelbagai 'Hot Snacks' seperti Nugget Combo, Hot Dog Combo, Goldie Horn Combo dan Popcorn yang disediakan di kaunter.

"Kami berharap agar peminat filem tempatan dan luar negara memberi sokongan selain bersyukur kerana masih mampu menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat setelah operasi tertangguh akibat pandemik Covid-19,"jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!