Wafa meninggal dunia

Wafa
Wafa
A
A
A

PELAKON popular era 90-an, Wafa Abdul Kadir meninggal dunia di kediamannya di Tropicana, Petaling Jaya lebih kurang pukul 1.10 pagi tadi.

Allahyarhamah Wafa, 52, dilapor menghembus nafas terakhir di samping suami, Tajul Faizal Tamimuddin, 52, dan beberapa anak.

Wafa yang merupakan pelakon filem Azizah The Legend menghidap kanser ovari dan peritoneal setelah beberapa tahun menderita penyakit tersebut.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 10 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum Zohor.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!