Azam Baki syukur keputusan Suruhanjaya Sekuriti
SHAH ALAM - [DIKEMAKSINI]Keputusan inkuiri Suruhanjaya Sekuriti (SC) terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendapati beliau tidak bersalah.
Azam dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, siasatan berhubung inkuiri tersebut sudah dimuktamadkan dan kes berkenaan telah ditutup oleh pihak SC.
"Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur di atas keputusan yang dibuat oleh SC yang telah mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh saya.
"Saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sinar Harian pada 8 Januari melaporkan pihak polis mengesahkan satu laporan dibuat terhadap Azam berhubung isu pemilikan saham miliknya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, laporan tersebut sudah dirujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tindakan lanjut.
Laporan polis tersebut dibuat susulan Azam selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM membuat pengakuan terbuka bahawa beliau memiliki kepentingan saham atas akaun miliknya yang didakwa digunakan oleh adiknya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!