Lulus 1.48 bilion baht tangani kenaikan harga barangan keperluan asas
Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana berkata, 3,000 kedai termasuk kedai serbaneka, pusat beli-belah tempatan dan pasar di seluruh negara akan menyertai program selama tiga bulan itu.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya 50 unit kedai bergerak juga akan menjual produk pada harga yang lebih rendah kepada komuniti di Bangkok dan wilayah berdekatan.
"Program ini dicadangkan oleh Kementerian Perdagangan dalam usaha kerajaan untuk mencegah kenaikan harga barangan keperluan.
"Produk yang diberi diskaun termasuk produk ladang seperti ayam, telur, daging babi dan produk keperluan daripada pembekal borong tempatan,” katanya pada sidang media di sini.
Tambahnya, agensi berkaitan turut mengambil tindakan menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan beban rakyat.
Minggu lepas, Bank of Thailand berkata inflasi kekal antara satu hingga tiga peratus tahun ini.
Di tengah-tengah kekurangan bekalan babi dalam negara itu, harga daging babi melonjak kepada lebih 200 baht (RM25.30) sekilogram sejak beberapa minggu lalu. Ia mendorong kenaikan harga keperluan lain seperti daging ayam dan telur. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!