Duncan Ferguson kembali semula ke Goodison Park

Ferguson
Ferguson
A
A
A

EVERTON melantik Duncan Ferguson sebagai pengurus sementara The Toffees di Goodison Park selepas memecat pengendali dari Sepanyol, Rafa Benitez, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Benitez dipecat pada 16 Januari lalu berikutan kekalahan 2-1 di Norwich City yang menyebabkan kelab Merseyside itu enam mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris di tempat ke-16, selepas 19 perlawanan.

Bekas penyerang Everton itu sebelum ini menjaringkan 72 gol dalam 273 penampilan sepanjang dua tempoh di kelab itu, mengendalikan latihan pasukan senior sebelum perlawanan di tempat sendiri menentang Aston Villa hujung minggu ini.

Untuk rekod, is menjadi tugas kedua Ferguson sebagai pengurus sementara Everton, selepas tempoh pada Disember 2019 apabila dia mengambil alih kelab itu selepas pemecatan jurulatih Portugal, Marco Silva.

"Pengumuman mengenai pelantikan pengurus tetap akan dibuat dalam masa terdekat," kata Everton dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!