Terbuka Australia: Pengalaman bantu Murray atasi Basilashvili
ANDY Murray menggunakan sepenuh kemahirannya untuk menjinakkan Nikoloz Basilashvili ketika melakar kemenangan 6-1, 3-6, 6-4, 6-7(5), 6-4 untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Australia pertama kali dalam tempoh lima tahun.
Bekas pemain nombor satu dunia itu, finalis lima kali di Melbourne Park, menyaksikan rankingnya menjunam sejak pembedahan pinggul pada 2019 selain penarikan diri akibat kecederaan, memerlukan wildcard untuk ke undian utama kejuaraan tahun ini.
Murray berstatus ranking ke-113, memenangi kejuaraan terakhir daripada tiga kejuaraan utamanya di Wimbledon pada 2016, menunjukkan dia masih mempunyai aura pemain terkemuka dalam jelajah itu apabila memaksa pilihan ke-21 dari Georgia tersebut melakukan banyak kesilapan.
Untuk rekod ini adalah perlawanan pertama Murray di Melbourne Park sejak kekalahan lima set kepada Roberto Bautista Agut pada 2019.
Dia melangkau kejohanan 2018 dan 2020 akibat kecederaan dan juga terlepas edisi terakhir selepas disahkan positif Covid-19.
"Ia menakjubkan dengan tiga empat tahun yang sukar. Saya melakukan lebih banyak kerja rumah untuk kembali ke sini. Saya telah bermain di gelanggang ini berkali-kali dan suasananya luar biasa apabila sentiasa mendapat sokongan hebat.
"Amat menakjubkan untuk kembali memenangi pertarungan lima set seperti itu. Tidak boleh meminta apa-apa lagi," kata Murray.
Untuk rekod, ini pertemuan ketiga Murray- Basilashvili dengan pemain Britain berusia 34 tahun, yang mara ke pusingan keempat di Terbuka Australia pada 2017, menang dalam kedua-dua pertemuan sebelum ini termasuk kemenangan minggu lalu dalam perjalanan ke final di Sydney
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!