NZ ketatkan undang-undang senjata api

 Jacinda Ardern
Jacinda Ardern
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Undang-undang senjata api di negara ini akan diketatkan susulan kejadian serangan keganasan di dua masjid yang mengorbankan 49 orang.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, suspek Brenton Tarrant didakwa menggunakan lima senjata api termasuk dua senapang separuh automatik, dua senapang patah dan senjata tindakan tuil.

Katanya, suspek memperoleh lesen senjata api kategori A pada 2017 yang membolehkan dia mendapatkan senjata api secara sah pada Disember tahun tersebut.

"Individu ini telah memperoleh lesen senjata api dan membeli senjata api, jadi secara jelasnya orang ramai mahukan perubahan dan saya komited melakukannya," katanya.

Ardern turut mengesahkan penyerang dan dua lagi suspek yang ditahan tidak berada dalam senarai pengawasan mana-mana agensi perisikan walaupun dia pernah menerbitkan manifesto yang menunjukkan rancangan serangan terhadap orang Islam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!