50 pemenang bertuah Spot and Win pada penganjuran pertama

Peraduan Spot and Win Sinar Harian X Rasuah Busters akan diteruskan setelah mendapat sambutan luar biasa semasa penganjuran pertamanya pada siri Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang.
Peraduan Spot and Win Sinar Harian X Rasuah Busters akan diteruskan setelah mendapat sambutan luar biasa semasa penganjuran pertamanya pada siri Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang.
A
A
A

SHAH ALAM - Peraduan Spot and Win Sinar Harian X Rasuah Busters akan diteruskan setelah mendapat sambutan luar biasa semasa penganjuran pertamanya pada siri Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang baru-baru ini.

Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, sambutan luar biasa daripada orang ramai terutama pembaca setia akhbar Sinar Harian mendorong pihak penganjur untuk meneruskan program yang menawarkan hadiah wang tunai kepada individu bertuah.

Menurutnya, program menarik tersebut bukan sekadar memberi peluang kepada pembaca Sinar Harian memenangi wang tunai yang lumayan, sebaliknya ia adalah salah satu usaha akhbar nombor satu negara itu menghargai kesetiaan pembaca Sinar Harian.

"Peraduan Spot and Win Sinar Harian X Rasuah Busters sempena konvoi edisi pertama di Selangor dan Wilayah Persekutuan telah mendapat sambutan luar biasa.

"Sebanyak 50 orang pemenang bertuah telah berjaya memenangi hadiah wang tunai yang telah ditawarkan sepanjang konvoi empat hari tersebut.

"Sinar Harian mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan bersama-sama menyokong Konvoi #RasuahBusters," katanya kepada kru Rasuah Busters pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai Peraduan Spot and Win di Negeri Sembilan dan Melaka, Nik Justin berkata, pihaknya menjangkakan sambutan lebih meriah akan diterima pada konvoi edisi kedua ini yang bakal bermula pada Rabu.

Menurut Nik Justin, pihaknya akan lebih bersedia untuk menerima sambutan hangat daripada orang ramai yang ingin menyertai peraduan mudah menang tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, pembaca setia Sinar Harian hanya perlu mendapatkan pelekat edisi khas Sinar Harian X Rasuah Busters di dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Januari 2022.

Katanya, pelekat edisi khas tersebut akan hanya ada dalam akhbar Sinar Harian yang dijual di Negeri Sembilan dan Melaka sahaja.

"Orang ramai yang ingin menyertai peraduan ini boleh mendapatkan pelekat edisi khas dalam akhbar Sinar Harian yang dijual hari ini (Rabu).

"Pelekat edisi khas ini hanya khusus bagi jualan akhbar di Negeri Sembilan dan Melaka sahaja.

"Sila ketahui langkah-langkah penyertaan Peraduan Spot and Win ini bagi melayakkan anda memenangi hadiah wang tunai yang lumayan sepanjang Konvoi #RasuahBusters di dua negeri ini sehingga Ahad ini," katanya.

Sementara itu katanya, buat julung kali Sinar Harian akan memperkenalkan perkhidmatan Aduan Rakyat yang memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk membuat sebarang aduan berhubung permasalahan mereka.

Katanya, perkhidmatan Aduan Rakyat itu akan dibuka di setiap lokasi yang dikunjungi oleh pihak Konvoi #RasuahBusters.

"Perkhidmatan Aduan Rakyat ini membuka peluang kepada orang ramai untuk membuat sebarang aduan tentang permasalahan yang dihadapi mereka di sekitar lokaliti masing-masing.

"Orang ramai hanya perlu kunjungi popup store Sinar Harian di setiap lokasi kunjungan Konvoi #RasuahBusters dan mengimbas QR Code untuk melaporkan sebarang aduan. Namun borang aduan fizikal juga turut disediakan," katanya.

Tambahnya, popup store yang dibuka kepada orang ramai sepanjang siri pertama konvoi di Lembah Klang telah mendapat sambutan luar biasa.

Untuk itu katanya, perkhidmatan tersebut diteruskan pada siri konvoi kali ini agar ia dapat memberi manfaat besar kepada orang ramai.

"Selain itu, jualan akhbar Sinar Harian juga akan diteruskan di setiap lokasi kunjungan Konvoi #RasuahBusters bagi membolehkan pembaca setia berpeluang menerima hadiah eksklusif sebagai tanda terima kasih atas sokongan diberikan selama ini.

"Ayuh ramai-ramai orang Negeri Sembilan dan Melaka bersama-sama kami untuk memeriahkan dan menunjukkan sokongan padu menentang rasuah dan memupuk kesedaran tentang antirasuah dalam kalangan masyarakat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!