Pengantin baharu maut kemalangan

Keadaan motosikal milik mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut.
Keadaan motosikal milik mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang mekanik yang berkahwin awal Januari maut dalam kemalangan Kilometer 196.6 di Lebuh raya Utara-Selatan arah selatan di sini, pada malam Selasa.

Dalam kejadian jam 8.15 malam, mangsa Anwarie Azim Rozi, 23, yang menunggang motosikal Yamaha Y15Z dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Melaka dari tempat kerja yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, setiba di lokasi kejadian sebuah kereta Proton Persona dipandu lelaki berusia 47 tajun dari arah sama dipercayai telah hilang kawalan lalu merempuh motosikal mangsa.

"Akibat rempuhan itu mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut beliau berkata, pemandu kereta diminta hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!