10 pekerja sindiket penipuan dalam talian diberkas

Telefon bimbit yang disyaki digunakan oleh sindiket penipuan dalam talian turut dirampas.
Telefon bimbit yang disyaki digunakan oleh sindiket penipuan dalam talian turut dirampas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 10 individu termasuk dua wanita disyaki pekerja sindiket penipuan dalam talian ditahan secara berasingan di sebuah premis di Jalan Ampang di sini pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, kesemua individu yang ditahan itu berusia 22 hingga 35 tahun.

"Kita telah menahan lapan lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga tempatan dalam serbuan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Mahidisham berkata, pihaknya merampas 23 unit telefon bimbit dan sebuah komputer riba yang disyaki digunakan dalam menjalankan kegiatan penipuan itu.

"Kita turut merampas salinan dokumen 'skrip' yang digunakan sindiket untuk panggilan telefon kepada mangsa.

"Dua kumpulan itu dipercayai telah beroperasi sejak pertengahan 2020," katanya.

Mohd Mahidisham berkata, kesemua individu itu direman selama lima hari bermula Isnin hingga Jumaat untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan agar jangan mudah terpedaya dan membuat semakan sebelum membuat transaksi.

Artikel Berkaitan:

"Masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan boleh WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111 222 atau hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585, CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/1599 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!