Sarawak Delta Geopark

No Image Caption
A
A
A

Sebuah bot sedang menyusuri Sungai Salak di Taman Negara Wetlands yang merupakan salah satu kawasan Sarawak Delta Geopark (SDGp), sebuah projek tapak warisan geologi berkeluasan 311,246 hektar di selatan negeri Sarawak.

Terletak kira-kira 30 kilometer dari bandaraya Kuching, taman ini merangkumi rangkaian saluran air laut dan anak sungai yang luas, terbentuk oleh sungai Sungei Sibu-Laut, Batang Salak dan Sungei Santubong yang saling bersambung yang membentuk sempadan taman.

Sarawak Delta Geopark (SDGp), sebuah projek tapak warisan geologi berkeluasan 311,246 hektar di selatan negeri Sarawak akan melalui proses penilaian Jawatankuasa Penilaian Geopark Kebangsaan bagi mendapatkan pengiktirafan Geopark Kebangsaan.

Kerajaan negeri berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan SDGp sebagai geopark kebangsaan dan seterusnya pada peringkat antarabangsa bagi melindungi dan memelihara warisan geologi, biodiversiti, sejarah dan budaya melalui konsep pembangunan secara mapan.

SDGp meliputi daerah Kuching, Bau, Padawan dan Siburan yang memiliki banyak ciri geologi dan geomorfologi dengan nilai geowarisan yang tinggi untuk diiktiraf sebagai sebuah geopark pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Geopark ini akan menyediakan mekanisme pembangunan wilayah secara bersepadu merangkumi pemeliharaan warisan alam semulajadi, pembangunan ekonomi dan komuniti berasaskan sumber-sumber warisan geologi.

Dalam usaha untuk membangunkan SDGp, kerajaan negeri akan menekankan aspek-aspek pemeliharaan dan pemuliharaan warisan, pembangunan ekonomi dan pembangunan komuniti dengan mengintegrasikan alam semula jadi dan pemuliharaan warisan budaya sebagai satu entiti seimbang.

Melalui inisiatif pembangunan geotapak, secara tidak langsung juga akan membangunkan sosio ekonomi penduduk melalui geopelancongan (geotourism) di tempat berkenaan. - Foto Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Peralihan Monsun Timur Laut

No Image Caption
GALERI

Eraman Mall bebas cukai

No Image Caption
GALERI

Perbarisan Tamat Kursus KPDN

No Image Caption
GALERI

Regatta Lepa Semporna Ke-29