Kuih Bakul

No Image Caption
A
A
A
Bagi masyarakat Tionghua, kuih bakul atau ‘Nian Gao’ adalah antara hidangan wajib untuk sambutan Tahun Baharu Cina, namun ia menjadi lebih istimewa jika dimasak mengikut cara tradisional. Khoo Kay Guan, 73, menggunakan pengalamannya selama 30 tahun yang turut dibantu isterinya, Ch’ng Ewe Ewe, 65, dan anaknya Khoo Boo Yan, 39, bagi memastikan 'rasa' dalam pembuatan kuih bakulnya masih kekal sehingga kini. Tiga beranak itu bertungkus lumus dan hanya melelapkan mata dua jam bagi menyiapkan tempahan pelanggan dan jualan kuih tradisional itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari ini. Menurut Kay Guan, seseorang perlu sabar dalam proses pembuatan tersebut kerana proses memasaknya mengambil masa selama 18 jam. "Pembuatan kuih tersebut menggunakan sekurang-kurangnya 50 kilogram beras pulut yang akan direndam terlebih dahulu pada waktu malam untuk dijadikan tepung sebelum dibancuh dengan air bercampur gula putih dan kemudian diisi dalam balutan daun pisang bagi menaikkan aromanya. "Proses yang paling sukar adalah mengukus kuih bakul atas tungku dengan nyalaan api menggunakan kayu rambutan dan bagi mendapatkan kuih bakul yang berkilat dan berwarna kemerahan, ia perlu dikukus selama 18 jam dalam kuali besar sebelum waktu subuh," katanya sambil menambah sebanyak 500 biji kuih bakul akan siap dimasak dalam tempoh tersebut. Kuih bakul tersebut dijual antara RM3 hingga RM38 mengikut saiz. Katanya, sebelum ini beliau menjual kuih bakul yang dihasilkannya tetapi atas faktor usianya kini pemborong akan membeli kuih bakulnya sebelum dijual di pasar Jelutong dan pasar Chowrasta. - Foto Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Planetarium Negara

No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Hari Natal

No Image Caption
GALERI

Belalang Padi