[VIDEO] Lelaki tular lari dari tahanan dipenjara empat bulan

Lelaki tular yang lari daripada tahanan dikenakan hukuman penjara empat bulan.
Lelaki tular yang lari daripada tahanan dikenakan hukuman penjara empat bulan.
A
A
A

BANGI - Seorang lelaki yang tular di media sosial kerana cuba melarikan diri ketika dibawa menaiki lori polis selepas urusan saringan Covid-19, dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majisted Bandar Baru Bangi di sini pada Rabu.

R Theyagarajan, 24, dikenakan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap iaitu 9 Januari, selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melarikan diri daripada jagaan anggota polis, yang mana dia ditahan dengan sah di sisi undang-undang.

Kesalahan didakwa dilakukan di Klinik Kesihatan Beranang, Hulu Langat di sini, pada jam 11 pagi, 11 Januari lalu.

Ia merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh cuba melarikan diri daripada tahanan dan kawalan polis tetapi dia berjaya ditahan semula 50 meter dari lokasi kejadian kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Rakaman seorang OKT cuba melarikan diri di Klinik Kesihatan Beranang Semenyih tular di media sosial.
Rakaman seorang OKT cuba melarikan diri di Klinik Kesihatan Beranang Semenyih tular di media sosial.

Semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu dikenakan denda pada kadar minimum.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman penjara dengan mengambil kira tertuduh membahayakan orang awam.

Pada Rabu minggu lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki yang cuba melarikan diri ketika dibawa menaiki lori polis selepas urusan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Beranang di sini berjaya ditahan semula kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memberitahu, anggota bertugas membawa seramai 19 orang kena tahan dari Balai Polis Kajang ke klinik berkenaan.

Artikel Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/182681/BERITA/Semasa/OKT-gagal-lolos-hanya-sempat-lari-50-meter

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!