Terbuka Australia: Nadal mudah atasi Hanfmann

Rafa Nadal
Rafa Nadal
A
A
A

RAFA Nadal berada di landasan terbaik merangkul kejuaraan Grand Slam ke-21 apabila mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia selepas mempamerkan persembahan klinikal untuk mengatasi pemain berstatus kelayakan dari Jerman, Yannick Hanfmann, 6-2, 6-3, 6-4.

Nadal menjadi satu-satunya bekas juara yang tinggal dalam undian lelaki di Melbourne Park selepas terikat pada 20 kejohanan utama dengan Roger Federer dari Switzerland dan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic apabila kedua-duanya tidak menyertai kejuaraan kali ini.

Untuk rekod, sebelum ini Nadal yang juga juara edisi 2009 itu meraih kemenangan 'straight set' ketika menentang Hanfmann yang berada di ranking ke-126 di gelanggang tanah liat di Roland Garros pada 2019.

Pada perlawanan tersebut, Hanfmann, 30, yang tampil lebih baik selain dibantu keadaan berangin di Arena Rod Laver, ternyata gagal menyaingi Nadal sekali gus menyaksikan pemain pilihan keenam itu akan bertemu sama ada pemain dari Rusia, Karen Khachanov atau Benjamin Bonzi dari Perancis untuk slot pusingan keempat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!