Harimau Selatan bakal rekrut tiga import dari Sepanyol

Alistair Edwards
Alistair Edwards
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) bakal menandatangani tiga pemain baharu dari Sepanyol bagi memperkuat skuad itu untuk kempen saingan Liga Malaysia 2022.

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards berkata, pemain terbabit juga akan membantu skuad itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

"Kami akan mengumumkan dua pemain baharu esok manakala pemain ketiga akan menyertai skuad di Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk pramusim.

"JDT akan berlepas ke Dubai hujung minggu ini dan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC," menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi JDT pada Selasa.

Minggu lepas, skuad Harimau Selatan mengumumkan penyertaan pemain import baharunya iaitu Fernando Forestieri, yang sebelum ini beraksi dalam Liga Serie A Itali, selain kemasukan bekas pemain Selangor Syahmi Safari. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!