Nelayan asing gagal mohon PLKS berdepan tindakan

Gambar kecil: Khairul Dzaimee Daud
Gambar kecil: Khairul Dzaimee Daud
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia akan mengambil tindakan segera terhadap nelayan warga asing yang masih gagal memohon Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) mulai Januari 2022.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tindakan ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia mengenai pengurusan pekerja asing.

"Keputusan mesyuarat berkenaan antara lainnya memutuskan supaya moratorium untuk memperolehi PLKS diberikan kepada warganegara asing yang bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan sehingga 31 Disember 2021 sahaja.

"Selepas tarikh tersebut, PLKS jangka pendek adalah diwajibkan bagi semua warganegara asing yang bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sehingga 31 Disember 2021, sebanyak 6,000 permohonan PLKS kepada nelayan warganegara asing telah diluluskan daripada sejumlah 6,298 permohonan yang dikemukakan.

"Kadar bayaran PLKS bagi sub sektor perikanan/ nelayan adalah berjumlah RM505 manakala tambahan RM500 akan dikenakan untuk setiap permohonan baharu bagi tujuan bayaran pertukaran pas.

"Majikan dinasihatkan untuk memastikan semua pekerja mereka memiliki PLKS yang sah dan hanya berurusan terus dengan Jabatan Imigresen Malaysia serta Jabatan Perikanan Malaysia tanpa melalui pihak ketiga," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!