PDRM pertingkat kawalan keselamatan

Aziz (dua dari kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud semasa operasi PATI di Pasar Borong Sri Kembangan hari ini.
Aziz (dua dari kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud semasa operasi PATI di Pasar Borong Sri Kembangan hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarah mempertingkatkan kawalan dan pemerhatian keselamatan di negara ini bagi memastikan tragedi tembak yang berlaku di Christchurch, New Zealand tidak berlaku di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Aziz Jaman berkata, arahan itu secara menyeluruh merangkumi tempat-tempat awam, agama dan semua rumah ibadah di negara ini.

"PDRM sentiasa bersiap siaga dan akan memastikan agar insiden seumpama itu tidak berlaku di negara kita.

"Sebenarnya hampir pasti negara kita tak akan berlaku insiden seperti itu, namun begitu atas dasar bersiap sedia bagi mengelak tragedi seumpama itu berlaku di negara kita KDN telah mengarahkan polis melakukan kawalan dan memberi perhatian serius terhadap perkara ini," katanya kepada media selepas mengikuti Operasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Pasar Borong Sri kembangan di sini hari ini.

Aziz berkata, kerajaan mengecam insiden tembak di dua buah masjid yang dilakukan oleh ekstremis agama di Christchurch.

"Kita bersimpati dengan keluarga mangsa yang terlibat termasuklah rakyat kita," katanya.

Semalam, di Christchurch sekitar jam 1.45 tengahari waktu tempatan dua insiden tembakan berlaku di dua masjid di bandar raya itu, mengakibatkan ramai yang terbunuh dan cedera.

Media melaporkan, jumlah korban dalam kejadian serangan pengganas di dua buah masjid di New Zealand meningkat kepada 49 orang.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa New Zealand memberitahu, lebih 20 orang lagi dilaporkan cedera akibat ditembak dan kini dirawat di hospital.

Angka kematian juga dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal.

Dalam insiden itu, penyerang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelum melepaskan tembakan rambang

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.

Polis Australia mengesahkan empat orang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Tembakan di masjid Christchurch: Seorang rakyat Malaysia cedera

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!