Rusa melompat sebelum 'terbang' tinggi ke udara
NEW DELHI - Seekor rusa melompat tinggi dan melayang tinggi ke udara di sebuah hutan di India baru-baru ini.
Rakaman aksi haiwan itu sempat dirakamkan dan dikongsi oleh sebuah pertubuhan pemuliharaan alam semula jadi yang dikenali sebagai WildLens Eco Foundation dan disiarkan menerusi Twitter.
Haiwan itu dilihat berlari sebelum melompat dan melayang ke udara sehingga setinggi seorang lelaki yang sedang menyaksikan aksi lompatan tersebut.
Ketika ia melompat, haiwan itu cuba untuk melintasi jalan yang tidak bertar.
Haiwan itu kemudian selamat mendarat di seberang jalan dan berlari dengan pantas serta tergesa-gesa ke dalam hutan.
Sejumlah rusa dianggap boleh melompat setinggi 3.65 meter walaupun ia bergantung pada jenis spesies haiwan tersebut, menurut laman web World Deer. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!